Aku tidak pasti. Tetapi kemungkinan itu ada. Ingin mengeluh. Rasanya di Sandiwara Hati inilah platform yang terbaik. Bukan di Tinta Semalam. Walaupun aku sudah tidak pasti masih adakah yang mengunjungi dan mengikuti aku di platform TS. Ntah.
Sama-sama melangkah jejak di SKTP. Sama-sama membina hubungan. Sama-sama membina kejayaan demi kejayaan dengan ranjau duri dan suka duka. Mungkin ada benarnya hati aku dikelirukan oleh hatiku sendiri. Mewujudkan pergolakkan rasa yang membunuh cinta.
Sejak aku mendirikan rumah tangga. Aku berdua di suatu sudut. Namun di suatu sudut yang satu lagi seolah-olah aku sudah tidak ada sesiapa lagi di sisi aku. Aku dibiarkan keseorangan. Itu hati aku rasa. Permainan syaitan terkutuk. Mungkin juga. Sebagai permulaan merobohkan kebahagiaan.Tetaplah wahai Iman.
Aku dibiarkan sepi. Tanpa sebarang ajakan. Tanpa sebarang konspirasi. Tanpa sebarang informasi. Kalau dulu aku sebahagian daripada mereka. Kini aku bukan lagi sesiapa. Aku sudah tiada fungsinya dalam kumpulan mereka. Itu hati aku rasa. Permainan nafsu gila. Mungkin sahaja. Sebagai permulaan meranapkan keakraban. Tetaplah wahai Iman.
Namun hati perempuanku tetap merasai kejauhan itu. Masih merasai penyingkiranku dalam dunia mereka. Itu hati aku rasa. Sabar dan Tabahlah wahai Iman. ;-(
Pedihnya hati ini apabila....
Aku pernah berada di dalam situasi di mana ada insan lain diantara aku dan kekasih hati. Waktu itu sakitnya seperti tersiat-siat hati ini. Dan aku mengalaminya sebanyak dua kali! Kali pertama aku masih mampu untuk bertahan. Dan kali kedua , apabila diperlakukan begitu, aku sangat sakit!!! sangat-sangat okey!!! Dan ianya mengambil masa yang lama juga untuk aku kembali percaya dan menerima kembali rasa cinta seorang lelaki.
Dan saat ini Alhamdulillah. Aku dapat menerima cinta seorang lelaki bergelar suami. Semoga Allah melindungi hubungan kami suami isteri. Dan semoga Allah tetapkan hati kami berdua kekal berkasih sayang hingga hujung nyawa.
Dan dalam aku meniti hari-hari gembira bersama suami, hati aku turut menangis senyap tatkala aku TERPAKSA mendiamkan diri apabila sahabatku sendiri mempunyai hubungan dengan suami orang. Sungguh aku menangis kerana kali ini tidak mungkin aku dapat menerima tindakannya dengan ikhlas hati. Kerana tidak mungkin aku akan memberikannya sokongan padu kepadanya. Tapi apakan daya...kerana benarlah yang CINTA ITU BUTA!!!!
siapalah aku untuk menghalang pilihan yang dipilih. Hidup dia atas pilihan dia sendiri. Dan aku tidak mahu dipersalahkan kelak kerana menghalangnya. Apa yang penting dia tahu aku tidak pernah bersetuju dengan tindakannya yang satu ini. DONE!!

Betapa ku cinta dia
Lama benar tiada luhan kata terlontar ke laman ini. Dan malam ini terasa pilu hati. Merindui kekasih hati yang berada di depan mata . Hihihi mengada-ngada tak? Tapi itulah aku merinduinya. Dan begitulah....jarang teruap di bibir namun di hati ini, aku sangat menyintaimu...kekasihku....suamiku Annuar!. Dan cinta itu semakin melekap di jiwa.
Sayang.....I Love You
Annuar. Namamu semakin kukuh dibibirku. Kasihmu semakin lekat dihatiku. Cintamu terpahat dalam jiwaku. Setiap waktu inginku mendengar suaramu. Setiap waktu inginku tatap senyumanmu. Setiap waktu inginku merasai cintamu. Engkau ku rindu saban waktu. Wajahmu tak pernah lekang dari mataku.Sayang ....I Love You So Much! Thank you for your love.Sangat-sangat.....Saya sayang abang sangat-sangat!
Aku Jatuh Cinta lagi.
Aku jatuh cinta lagi. Haha.....pabila rindu itu menjenguk pintu hati. Terasa berbunga-bunga pula perasaan. Terbayang ~ hahaha gila bayang la tu kan? Setiap hari serasa redup je suasana. Apabila hati ceria nyata membawa kepada seri muka. :-) Sukanya hati. Mudah-mudahan keceriaan ini akan sentiasa menemani hidupku. Arrghhhh aku jatuh cinta lagi! Aku jatuh cinta pada dia. Aku jatuh cinta pada lelaki itu. Aku jatuh cinta kepada rasa kasih yang dia beri dan tunjukkan padaku. Aku jatuh cinta kepada cinta yang dia serahkan padaku. Aku jatuh cinta kepada senyuman yang sering dia hadiahkan padaku. Aku jatuh cinta kepada rindunya padaku. Aku jatuh cinta kepada sayang yang dia hantar kepada jiwaku. Moga Allah pelihara cintaku kali ini. Moga Allah lindungi cintaku.
Aku cinta dia
Aku cinta lelaki itu
Aku cinta dia, lelaki itu...tunanganku.
Walaupun ada waktu ketikanya aku tak tahu kenapa aku cinta dia.
Ahhhh....kita tidak memerlukan sebab untuk menyintai seseorang.....bukankah begitu??
Sayangku......aku amat menyintaimu. Terima kasih kerana kau membuatkan hatiku jatuh cinta lagi.Dan kali ini biarlah cinta yang akan ku bawa sampai hujung nafasku. Love You....from your fiance..Me

Langgan:
Catatan (Atom)
Gratisan Musik